Friday, May 27, 2011

Warkah: Bonda ayahanda

Bismillahirrahmanirrahim~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalammualaikum....sahabatku.


Sudah terlalu lama mata ini tidak bertentang dengan matamu. Arus kehidupan makin deras mengalir dengan mengharungi berbagai rintangan. Ketahuilah, tanpa dirimu di sisi akan terasa goyah hati ini. Tanpamu di sisi juga menyebabkan saya memerlukan bantuan Nebulizer untuk kelegaan salur pernafasan akibat sesak rindu yang teramat sangat.

Setiap pengorbanan, kesungguhhan dan apa sahaja yang awak lakukan adalah amat bermakna untuk saya. Terima kasih di atas segalanya.

Saya tiada kekayaan harta untuk di berikan kepada awak. Namun, saya masih simpan segala pemberian awak selama ini. Dan pemberian itu akan saya manfaatkan sebaiknya untuk membalas jasa awak.

Tiada bait kata yang mampu di ungkap. Hanya ucapan terima kasih tidak terhingga di atas segala pemberian awak. Ketahuilah yang awak merupakan sahabat terbaik yang pernah saya ada. Semoga dirimu sentiasa mendapat rahmat dan hidayahnya.

Dan yang paling utama dikaulah mak, awaklah sahabat.


Dan dikau juga yang utama abah, awaklah sahabat.

No comments: