Wednesday, May 25, 2011

impian

Bismillahirrahmanirrhaim~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalammualaikum..:)

Impian. Setiap kita punyai impian. Betul tak?.Ya, kalau boleh semua menginginkan impian mereka terlaksana dengan sempurna. Mengharap tanpa usaha adakah impian akan dapat di laksanakan?.Tidak. Tanpa usaha segalanya tidak ke mana dan impian hanya sekadar impian seperti Mat Jenin yang berangan di siang hari.

Secara amnya saya juga punyai impian, sesuatu yang perlu di penuhi untuk kepuasan kehidupan. Saya mengimpikan kejayaan yang cemerlang, seorang lelaki yang mampu membimbing keluarga, di kurniakan anak yang soleh dan solehah, menjadi anak yang solehah pada orng tuanya, menjadi ibu yang mithali kepada anak, serta menjadi isteri yang taat kepada suami. Fuh! terlalu banyak impian saya.

"Ko ni berangan je lebih r..."ungkapan yang sinis di sertai dengan tawa yang kurang enak di dengar.

"Tak semua yang ko impikan akan tercapai.."

Itulah kata-kata sumbang yang sering di ucapkan oleh mulut.Mari bersama kita ingat akan keyakinan kita terhadap janji Allah. Bukankah janji Allah itu suatu yang pasti.  Jika adanya usaha insyaAllah, impian kita akan terlaksana. Dan sesungguhnya Allah juga amat suka jika hambanya bertawakal kepadaNya setelah berusaha. Maka mohon (doa) pada Allah sungguh dia akan memperkenankannya.

Jangan kita hanya bergoyang kaki sahaja dengan mengharapkan nikmat Allah itu akan datang secara bergolek. Tidak. Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk diri ini anda perlu menjadi yang terbaik dahulu. Tidakkah anda malu untuk meminta padaNya, sedangkan anda sering meninggalkan segala suruhanNya dan melakukan laranganNya dengan rasa yang gah sekali.

Berubah dan lakukan penambah baikkan untuk diri kita kerana impian yang kita impikan dan setiap yang kita lakukan hanya punyai satu matlamat iaitu untuk mendapat redhaNya. InsyaAllah..

No comments: