Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

Dosa 2

Bismillahirrahmnirrahim~

Saat kau masih leka dengan dunia
Saat kau masih lalai dengan keindahan dunia
Saat kau makin hanyut dengan derasnya dunia
Saat kau masih lena dengan mimpi indah dunia

Dan tiba - tiba 

Nyawa kaku
Roh terpisah dari jasadnya
Terkulai layu di tangisi insan tersayang
Terbaring kejap ditemani alunan ayat suci al-Quran

Saat itu

Tiada lagi kata 
Kalau aku tidak leka
Kalau aku tidak lalai
Kalau aku tidak hanyut
Kalau aku tidak lena

Itu semua tidak bermakna
Itu semua tiada faedahnya

Apa yang ada cuma tanaman dunia
Yang engkau bawa buat tuaian di sana.

Sedarlah sebelum kau terlambat
Bagunlah sebeleum kau terlewat
Gapailah sebelum kau ditinggalkan
Bangkit sebelum kau dibiar sepi tanpa rahmatNya.

*muhasabah bersama untuk diri ini yang sering alpha dengan dosa

Wednesday, April 16, 2014

Dosa 1

Bismillahirrahmanirrahim~

Melihat , membaca , memahami dan menilai semua hasil karya kreatif dan tulisan para daie yang tak pernh mengenal erti lelah dan penat untuk menyampaikan kebaikkan walau dengan sebaris kata , membuat diri ini terasa begitu kerdil dan lemah.

"Kasih dan nikmat Allah itu luas"

Terkesan dgn kata sahabiah. Kita punya amanah dan tanggungjawab. Sebagai khalifah. Sumbanglah dan sampaikanlah selagi mampu. Andai diri ini petah berkata sampaikan dengan kata. Andai jemari ligat menaip aksara maka tulislah walau sebaris kata. Sempurnakanlah amanah dan tanggungjawab itu.

" Allah sayang sebab itu Allah duga, ukhti "

Kata ini juga tersemat dalam hati. Setiap kita akan diuji dengan apa yang kita usahakan. Always positive towards Him. Kita diduga untuk menilai tahap mana keikhlasan dan niat kita hanya kerana Dia. Kita diduga supaya kita tidak tergelongsor dan tergelincir dalam sifat riya' dan takbur.

" Bersyukurlah, pelihara dan hargai nikmatnya. Andai Dia mengambil kembali semua nikmat itu. Bagaimana? Rugi kan.. "

Dan kata ini juga. ! Ramai yang terlalu bangga dengan kelebihan diri yang ada. Sehingga kita lupa bahawa apa yang kita ada hatta seminit masa segalanya nikmat dariNya. Katakalah, Alhamdulillah. Bertapa kita mensyukuri nikmat kurniaanNya. Jika sekarang Allah meminjamkan kita dengan nikmat idea untuk penulisan , maka manfaatkan dengan menulis kebaikkan. Allah akan menilai walau sekecil zara usaha itu. InsyaAllah.

Ya Allah, peliharalah diri ini, keluarga kami , sahabat kami serta muslimin dan muslimat dengan kasih dan rahmat dariMu. Amin ya Rabb..


Tuesday, October 18, 2011

take it and make it



The most biggest anticipation we should face it, is the most biggest love from Allah. Alhamdulillah, semoga tabah dalam menghadapinya dengan kesabaran yang akan mengukuhkan tiang keimanan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidakmengetahui.."                              
(Surah Al-Baqarah ;216)

Sunday, October 9, 2011

L.I.F.E


Hold on and beliveinAllah's love,
That's the best you can have,
Please never weep again,
And in your heart,
Let His love remain.

Life..a simple word with 4 alphabet. But when we try to define it, the simple word become so broaden. A simple question, " What's the meaning of life?"..could be the answer is.."Life is what you decide how to create it..".maybe another answer for it's.."Life when someone still can breath,sharing and make something for the future.."..

Is there the best answer? Erm, just ask you self "what's the meaning of life?". start thinking about it, because when you forgotten the meaning of life you should ask back to your self " what the purpose for life?"..then you will get the answer for the first question. Manusia itu pelupa maka selalulah kita ingat akn diri kita dan orang sekeliling.

Life is full of answers waiting to be discovered. As long kita jalani hidup ni dengan skema Allah.InsyaAllah.

Wednesday, August 17, 2011

Naskah cintaMu

Bismillahirrahmanirrahim~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Nuzul Quran, turunya al-quran pada bulan ramadhan. Bagaimanakah penghayatan kita pada 114 naskah cinta Allah ini?.Renungkanlah...Beramal lah untuk menuju ke kampung syurga yang abadi.Insya Allah..

Jom, kita hayati surah Al-Fatihah;








Friday, August 12, 2011

just an equation

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalammualaikum...:) how's your iman?  have you fill it with the best things ever.

Human= body + soul

Are all of us really know what human means to?Argh...! tetibe kepala yang mempunyai otak ni terfikir dan terus memikir. Are we know what's the meaning of 'human'?  I think we should think about it right now.

Body= food + water

The simple equation that we cam simplyfy in our life. To survive we need food and water for our body.  For life also we need food and water. The best food make us healthy. Simple right?..huhu

Soul= has a deep urge to love something

Lets we put the love in an ascending stair. The lowest stairs should be love our self, love our family, love the community around us, love for the country, love for all the human being and the highest stairs of love is deepest love for the creator Allah.

"......for without doubt in the remembrance of Allah do heart find satisfication." (surah rad, 28)




juat imagine what we want to be in our life.?

Thursday, August 4, 2011

juadah Ramadhan

 




Bismillahirrahmanirrahim~In The NAme of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalammualaikum...:)..

Alhamdulillah, syaaban dh pun melabuhkan tirai penutupnya kini ramadhan dan mule buka tirai. Dengan izinNya juga kita semua dh selamat menyempurnakan ibadah puasa. Semoga kita bersama dapat meraih cinta Allah dalam bulan yang penuh barakah ini, insyaAllah.

So? Cmne iman? Dah siap di mantopkan lagi dalam bulan ramadhan ini?..Kalau belum marilah kita sama-sama muhasabah dan muhajadah untuk meraih peluang yang ada ini.

Erm, kalau sekarang kat luar sana ade yang mula nak membzykan body masing-masing dengan kuih raya, baju raya, langsir raya dan sewaktu dengannya. Maka kita plak harus lah juga membzykan body dengan meraih nikmat kurniaan Allah dalam bulan ramadhan ini..Kalau kat luar sane tergantung "Mega Sale"..jangan lupa yang sekarang pun ade "Mega Sale'' untuk kita kumpul harta dan bekalan sebagai bekalan di akhirat kelak. InsyaAllah.

***********************

Bahan-bahan

1 mangkuk muhasabah 
5 sudu solat Fardhu              
2 cawan solat sunat 12 rakaat sehari                      
1 cawan solat sunat terawih
1 mangkuk besar puasa di siang hari                      
3 sudu solat witir
1 mangkuk mujahadah                                          
1/2 mangkuk hafazan
1/2 jag naskah cinta (1 juzuk untuk 1 hari)          
2 sudu qiam
1 piring tadabur Al-quran


Bahan A
- campurkan 1 mangkuk muhasabah dan 5 sudu solat fardhu. Kemudian gaul sebati.
- Tambahkan 1 mangkuk mujahadah dan gaul sebati dengan 1/2 jag naskah cinta. Gaulkan sehingga
   sebati dan menjadi adunan/ doh.
- Uli adunan/ doh dan campurkan 1 mangkuk besar puasa di siang hari untuk menjadikan adunan/ doh
   lebih lembut dan mudah di bentuk mengikut acuan.
- Ambil talam dan ratakan dengan 3 cawan solat sunat terawih.
- Aturkan doh yang dah di betuk di dalam talam kemudian ratakan dengan 3 sudu solat witir.
- Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 150

Bahan B
- Masak 2 cawan solat sunat 12 rakaat sehari dan di campur dengan 1/2 mangkuk hafazan hingga
  mendidih dan naik bau wangi.
- Tutup api dan gaul tanpa henti dengan 1 senduk qiam untuk menjadikan kuah lebih pekat dan likat.
  Serta mengelakkan kuah menjadi pecah dan tak sebati.

Hidangan
- Kuih yang siap di bakar boleh di susun di atas pinggan dan di siram dengan "Bahan B'' untuk
  menyempurnakan hidangan serta taburkan dengan 1 piring tadabur Al-Quran untuk
  memperkemaskan hidangan.

Alhamdulillah, dh siap juadah bulan ramadhan untuk tahun ini. Semoga kita dapat melakukan juadah yang lebih lazat dari ini untuk ramadhan akan datang. InsyaAllah..

Selamat mencuba~ Jangan segan-segan nak wat juadah ni. insyaAllah, hasilnya lumayan..

Wednesday, May 25, 2011

impian

Bismillahirrahmanirrhaim~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalammualaikum..:)

Impian. Setiap kita punyai impian. Betul tak?.Ya, kalau boleh semua menginginkan impian mereka terlaksana dengan sempurna. Mengharap tanpa usaha adakah impian akan dapat di laksanakan?.Tidak. Tanpa usaha segalanya tidak ke mana dan impian hanya sekadar impian seperti Mat Jenin yang berangan di siang hari.

Secara amnya saya juga punyai impian, sesuatu yang perlu di penuhi untuk kepuasan kehidupan. Saya mengimpikan kejayaan yang cemerlang, seorang lelaki yang mampu membimbing keluarga, di kurniakan anak yang soleh dan solehah, menjadi anak yang solehah pada orng tuanya, menjadi ibu yang mithali kepada anak, serta menjadi isteri yang taat kepada suami. Fuh! terlalu banyak impian saya.

"Ko ni berangan je lebih r..."ungkapan yang sinis di sertai dengan tawa yang kurang enak di dengar.

"Tak semua yang ko impikan akan tercapai.."

Itulah kata-kata sumbang yang sering di ucapkan oleh mulut.Mari bersama kita ingat akan keyakinan kita terhadap janji Allah. Bukankah janji Allah itu suatu yang pasti.  Jika adanya usaha insyaAllah, impian kita akan terlaksana. Dan sesungguhnya Allah juga amat suka jika hambanya bertawakal kepadaNya setelah berusaha. Maka mohon (doa) pada Allah sungguh dia akan memperkenankannya.

Jangan kita hanya bergoyang kaki sahaja dengan mengharapkan nikmat Allah itu akan datang secara bergolek. Tidak. Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk diri ini anda perlu menjadi yang terbaik dahulu. Tidakkah anda malu untuk meminta padaNya, sedangkan anda sering meninggalkan segala suruhanNya dan melakukan laranganNya dengan rasa yang gah sekali.

Berubah dan lakukan penambah baikkan untuk diri kita kerana impian yang kita impikan dan setiap yang kita lakukan hanya punyai satu matlamat iaitu untuk mendapat redhaNya. InsyaAllah..

Saturday, May 21, 2011

insyaAllah

Bismillahirrahmanirrahim~In The Name of Allah The most Gracious and The Most Merciful

Assalammualaikum...:)

InsyaAllah, is the simple word dat always come out from our mouth. What 'insyaAllah' means to u? Mungkin akan ade yang kata.." sesuatu yang tak pasti mybe or not.." and another means .." word how to mention dat u not interesting with it and say it to care other person heart..''..

InsyaAllah~ hanya dengan izin Allah. Dengan makna itu sendiri kita sudah boleh fahami bahawa setiap apa yang kita ingin lakukan perlu lah di akhiri dengan insyaAllah. Sekiranya, kita merancang walau sehebat mana jika ia tidak di izinkan Allah maka perkara itu tetap tidak akan berlaku. Apa yang berlaku untuk hari esok atau selepas itu semuanya adalah ketentuan dari Allah.

Fahamilah setiapa apa yang kita ungkapkan agar kita dapat melaksanakan ia dengan lebih baik dan sempurna..insyaAllah..

Thursday, May 19, 2011

hindar dan abaikan suara sumbang itu

Bismillahirrahmanirrhaim~In The Name of Allah The Most Gracious And The Most Merciful

Assalammualaikum..:)

"For be a good person is not a crime but just be ur self"

It just word. Betul tak? Dari situ cuba kita pandang word tu dalam 3D. Bila usia semakin meningkat dewasa semakin meningkat tanggungjawab dan amanah yang di galas. Mahupun dari hal dunia atau pun bekalan di akhirat kelak.

Tak salah untuk seseorang itu berubah ke arah kebaikkan, malahan ianya dituntut. But, just be ur self. Ikhlaskan hati dalam setiap perubahan yang kita lakukan hanya kerana Allah. InsyaAllah, segalanya akan di permudahkan.

"Sejak bila die pakai tudung labuh tu?.."

"Perangai die pun dh laen skrng.."

"Erm..ye ke?..enth r ikut kawan r tu..."

Otitis meida saya bila dengar ungkapan tu tambah lg dari kawan yang sama-sama menuntut ilmu. Silap hari bulan boleh kena cirhosis of liver cz mengalami kesakitan hati yang sangat. And the best word for them is :-

"Benda yang die buat tu lansung tak berdosa or kalian nak klasifikasi as a big crime. At least she trying to change the scene of life yang mmg dah di tuntut dalam Islam..."

"Tahu tak, mengumpat itu ibarat emakan daging busuk saudaranya sendiri..Istighfar lah.."

Tabah lah kamu wahai hati, sesungguhnya anak Adam akan selalu di bisikkan dengan kata-kata seperti itu. Semoga kita bermujahaddah dalam apa yang kita usahakan..insyaAllah.



Bersihkan hatimu, jangan pernah menilai mereka tanpa mengetahui hal sebenarnya. Husnuzon!

Tuesday, May 17, 2011

kita adalah saudara

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalammualaikum...:)

Salam.Ucapan yang selalu di pandang remeh oleh orang sekarang. Ye r, mane taknya kalau tak kenal gerenti bila selisih tak bagi salam even yang kenal pun susah nak bagi salam. Betul tak?



Al-Muslim akhul Muslim.Muslim sesama Muslim bersaudara.

Renungkanlah balik kehidupan harian kita. Hanya dengan ucapan yang mudah kita dapat mengeratkan lg hubungan sesama Muslim. Sekarang boleh lah kita menganggukan kepala dengan sambil bekata "ya"..Ucapan "salam" itu begiru remeh untuk hari ini.

Ayuh! Kita mulakan rutin kehidupan yang baru.Agar satu hari nnt kita akan dapat membina semula empayar Islam yang semakin tenggelam dengan arus kemodenan.

Pupuk kembali ucapan ini agar kita sering terikat dalam pertalian persaudaraan dan ukhuwah yang dalam redhaNya.InsyaAllah~