Wednesday, April 30, 2014

Asas before akad

" Dapat suami / isteri itu nikmat tapi dapat yang soleh / solehah itu NIKMAT"

Cool statement kan?.. But deeply sight and view kot kalau korang tenung and fikir dengan akal dan fikiran yang waras dan iman yang sihat. Short but indeed.

Sape nk kawen?.. Angkat tgn 🙋.. Fitrah. Cinta itu adalah fitrah manusia. Kita nak disayangi dan opcos kita perlu menyayangi before tu. 😊 . Sayang Allah sebelum kita cuba untuk sayang mahluk ciptaanNya.

Meletakkan keutamaan agama Ad-deen dalam kehidupan adalah satu kemestian atau sebenarnya cara kehidupan sebenar. Sekiranya kita hidup tanpa Ad-deen ibarat kita hidup seperti layang-layang yang tiada tali. Hidup akan terumbang ambing tanpa matlamat dan tujuan.

Sepertimana hidup , begitu juga alam perkahwinan. Asas atau tapak utama dalam perkahwinan adalah ilmu alam perkahwinan . Ini kerana ummah terbentuk dari sebuah keluarga. Keluarga adalah madrasah utama dalam membentuk ummah. Ilmu perkahwinan dalam semua aspek. Zahiriah dan ruhniah.

Persiapkan diri kerana perkahwinan adalah tapak perjuangan. Married like we play a game. Strunggle for the next level or game over. Your choose in your hand.

Semoga niat kita atas lafaz ini adalah Lillahi taala.. Ameen Ya Rabb..

* counting the day. Doakan ana... :)

Wednesday, April 23, 2014

Dosa 2

Bismillahirrahmnirrahim~

Saat kau masih leka dengan dunia
Saat kau masih lalai dengan keindahan dunia
Saat kau makin hanyut dengan derasnya dunia
Saat kau masih lena dengan mimpi indah dunia

Dan tiba - tiba 

Nyawa kaku
Roh terpisah dari jasadnya
Terkulai layu di tangisi insan tersayang
Terbaring kejap ditemani alunan ayat suci al-Quran

Saat itu

Tiada lagi kata 
Kalau aku tidak leka
Kalau aku tidak lalai
Kalau aku tidak hanyut
Kalau aku tidak lena

Itu semua tidak bermakna
Itu semua tiada faedahnya

Apa yang ada cuma tanaman dunia
Yang engkau bawa buat tuaian di sana.

Sedarlah sebelum kau terlambat
Bagunlah sebeleum kau terlewat
Gapailah sebelum kau ditinggalkan
Bangkit sebelum kau dibiar sepi tanpa rahmatNya.

*muhasabah bersama untuk diri ini yang sering alpha dengan dosa

Friday, April 18, 2014

Sing song 1

Tak perlu nak di heboh heboh
Yang engkau muslimah bertudung labuh
Tak perlu nak di hebah hebah
Yang engkau sorang muslimah berpurdah

Gambarmu tak perlu ditayang tayang
Menjadi tatapan yg bukan mahram
Gambarmu sebaiknya disimpan
Menjadi tatapan yang layak pandang

Jika hijrahmu kerana tuhan
Tak kau hiraukan pujian orng
Jadilah muslimah yang mengejar jannah
Bukannya mengejar dunia yg mewah
Jadilah muslimah menjaga maruah
Seorang yang tabah
Seorang muslimah yang solehah.

crdt to the owner of d song.. nice.. :)

Wednesday, April 16, 2014

Dosa 1

Bismillahirrahmanirrahim~

Melihat , membaca , memahami dan menilai semua hasil karya kreatif dan tulisan para daie yang tak pernh mengenal erti lelah dan penat untuk menyampaikan kebaikkan walau dengan sebaris kata , membuat diri ini terasa begitu kerdil dan lemah.

"Kasih dan nikmat Allah itu luas"

Terkesan dgn kata sahabiah. Kita punya amanah dan tanggungjawab. Sebagai khalifah. Sumbanglah dan sampaikanlah selagi mampu. Andai diri ini petah berkata sampaikan dengan kata. Andai jemari ligat menaip aksara maka tulislah walau sebaris kata. Sempurnakanlah amanah dan tanggungjawab itu.

" Allah sayang sebab itu Allah duga, ukhti "

Kata ini juga tersemat dalam hati. Setiap kita akan diuji dengan apa yang kita usahakan. Always positive towards Him. Kita diduga untuk menilai tahap mana keikhlasan dan niat kita hanya kerana Dia. Kita diduga supaya kita tidak tergelongsor dan tergelincir dalam sifat riya' dan takbur.

" Bersyukurlah, pelihara dan hargai nikmatnya. Andai Dia mengambil kembali semua nikmat itu. Bagaimana? Rugi kan.. "

Dan kata ini juga. ! Ramai yang terlalu bangga dengan kelebihan diri yang ada. Sehingga kita lupa bahawa apa yang kita ada hatta seminit masa segalanya nikmat dariNya. Katakalah, Alhamdulillah. Bertapa kita mensyukuri nikmat kurniaanNya. Jika sekarang Allah meminjamkan kita dengan nikmat idea untuk penulisan , maka manfaatkan dengan menulis kebaikkan. Allah akan menilai walau sekecil zara usaha itu. InsyaAllah.

Ya Allah, peliharalah diri ini, keluarga kami , sahabat kami serta muslimin dan muslimat dengan kasih dan rahmat dariMu. Amin ya Rabb..